Kena Tindih Hantu..??
Pernahkah anda merasa seperti tertindih sesuatu yang sangat berat, dicekik, dada rasa sesak, tak mampu bergerak mahupun berteriak, saat menjelang atau bangun tidur?
Fenomena itu beberapa kali dialami jefri (nama sebenar, roomate, 26) sewaktu tidur. “Seperti ditindih sesuatu yang tidak kelihatan, saya seperti tidak dapat bersuara mahupun berteriak. Ada semacam rasa dingin yang menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh,” ceritanya.
Kejadian itu membuatnya tidak berani tidur. Apalagi setelah ia mendengar cerita neneknya bahawa hal itu dikenali dengan nama tindihan, dan yang menindihnya adalah makhluk halus. Setelah berbincang dengan doktor, baru dia tahu bahawa ia mengalami gangguan tidur yang disebut sleep paralysis.
Tindihan pada istilah perubatannya disebut sleep paralysis. Ini merupakan keadaan diana ketika orang sedang tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak, berteriak pun tidak mampu. Kejadian ini biasanya disertai halusinasi, iaitu seperti melihat semacam lembaga di sekitar tempat tidur, dan dapat terjadi beberapa saat hingga minit.
Fenomena ini kerap dikaitkan dengan hal-hal mistik. Ini kerana bentuk halusinasi yang muncul biasanya menyerupai susuk sahabat, saudara yang telah meninggal, bayangan hitam, atau hantu, bergantung latar belakang kebudayaannya.
Di Barat, fenomena ini sering disebut mimpi buruk atau old hagberdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada pula yang melaporkan melihat agen rahsia asing atau alien. Pada banyak lukisan abad pertengahan dapat kita lihat lembaga roh jahat menduduki dada seorang perempuan, sehingga ia berada didalam ketakutan dan merasa sukar untuk bernafas.
“Fenomena tindihan sering terjadi pada orang yang kurang tidur. Boleh juga terjadi disebabkan oleh kelelahan, stress, dan cemas berlebihan,”
Seorang penyelidik dalam bidang sleep paralysis, Al Cheyne dari University of Waterloo berpendapat, sleep paralysis adalah sejenis halusinasi kerana kegagalan fungsi tidur pada tahap rapid eye movement (REM).
Dijelaskan juga, tidur dapat dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan gelombang otak, iaitu tahap N1, N2, N3, dan R. Urutan tidur biasanya dimulai dari N1-N2-N3-kembali ke N2-R-kembali ke N2-N3-kembali ke N2-R-kembali ke N2-N3 dan seterusnya.
N1 adalah tahap tidur paling ringan, sering kita masih setengah sedar. N2 merupakan tahap tidur yang lebih dalam, sedangkan N3 paling dalam. R adalah REM. Pada peringkat ini mimpi terjadi.
Gelombang otak mimpi mempunyai frekuensi mirip seperti gelombang otak pada peringkat sedar. Ini menjelaskan kenapa orang mampu merasa seperti berada di alam kesedaran lain ketika bermimpi.
Keadaan tubuh yang terlalu lelah atau kurang tidur sering membuat gelombang otak tidak mengikuti peringkat tidur yang sepatutnya. Dari sedar ke N1 lalu melompat ke R (mimpi). Yang khas pada mimpi ini timbul halusinasi seperti munculnya lebaga lain dan lumpuh (paralysis), sehingga tubuh tidak dapat bergerak atau mulut terasa kelu.
Fenomena tindihan dapat terjadi pada lelaki dan wanita. Usia rata-rata orang mengalami tindihan pertama kali pada umur 14-17 tahun. Lebih kurang setiap orang pernah mengalami tindihan setidak-tidaknya sekali atau dua kali dalam hidupnya. Tindihan dapat disebabkan hal yang tidak dapat dikawal hingga menyebabkan stres dan terbawa-bawa dalam mimpi.
Keadaan pada persekitaran kerja juga mempengaruhi. Contohnya, mereka yang bekerja dalam shift lalu kekurangan tidur dan memiliki pola tidur yang tidak teratur. Ia juga sering terjadi pada individu yang tidur dalam posisi terlentang, wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur. Kerana itu, mengubah posisi tidur dapat mengurangkan risiko diserang fenomena tindihan.
Tindihan juga boleh muncul pada pesakit sleep apnea walaupun jarang kerana selalu berada dalam keadaan yang kurang tidur akibat nafas yang tersekat-sekat. Kurang tidur inilah yang menyebabkan terjadinya tindihan.
Walaupun sering terjadi, tindihan sepatutnya diwaspadai kerana boleh menyebabkan terjadinya gejala penyakit, misalnya narcolepsy, sleep apnea, kecemasan, depresi, atau kurang tidur. Ada baiknya psakit membuat catatan mengenai pola tidurnya selama beberapa minggu, untuk membantu mengetahui punca terjadinya tindihan.
Jika tindihan terjadi disebabkan terlalu lelah, cubalah lebih banyak berehat. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.
Apapun, pada semua ibubapa atau sesiapa pun, cuba jangan sesekali didik atau momokkan anak-anak dengan hantu. Ditakuti anak-anak lebih takut pada hantu berbanding Tuhannya..^_^
Ubah mentaliti, perbaiki persepsi dan tingkatkan pengetahuan..
0 comments:
Post a Comment