Thursday, November 15, 2012

HARGA TERKINI













































Thursday, November 10, 2011

take attention to this video....


video
An offer to help solving flood issue in Thailand 2011 This is a video made to publicize an offer from Grandmaster & Dewan Perguruan dan Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM) to assist Thailand King's, Government and citizen to help solving the flood issue in Bangkok. For more info please contact us at : Pejabat Urusan Kebangsaan & Antarabangsa Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM), 11-2, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur. +6 019 379 6891 (Dr. Azam) +6 014 590 7927 ( Datuk Ibrahim) +6 017 395 9103 (Shaiful Rizal)

Friday, December 3, 2010

Petua awet muda Luar dan Dalam

Petua 1:

Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, amalkan berzikir seperti berikut:

Baca Ya Badiyah 1 kali

Baca Ya Nur 1 kali

Baca Ya Hadi 1 kali

Baca Ya Allah 3 kali

Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka anda setiap hari.

Petua 2:

Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut ;

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada setiap selepas solat subuh. Hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Ia untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.





Mandi Songsang Untuk AWET MUDA

Lazimnya orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Cara mandi begini sebenarnya akan memberikan kesan yang negatif pada kesihatan diri dan sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

Kebaikan dan Kelebihan Mandi Sonsang

1) Anda akan awet muda dan sentiasa kelihatan segar.

2) Bahagian otak anda akan menjadi bertambah baik untuk befungsi, kerana mandi sonsang akan mengembangkan salur darah otak.

3) Sistem pertahanan badan anda bertambah baik fungsinya untuk tahap kesihatan yang maksima.

4) Anda boleh kurangkan stress.

5) Anda boleh meninggikan daya ingatan anda.

6) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.

7) Jiwa anda akan sentiasa bersemangat.

8) Menguatkan gusi dan gigi anda.





Amalan dan Doa Semasa Mengandung

Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.

Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

  1. Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
  2. Surah Yusuf, agar mendapat anak yang soleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
  3. Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
  4. Surah Maryam.
  5. Surah al-Ikhlas.

View Image

Petua Untuk WANITA Cantik dan Manis Dipandang

REMPAH RATUS


Memakan rempah ratus dalam bentuk serbuk amat mujarab dan ianya akan lebih berkesan dengan mencampurkan sedikit madu dan telur ayam kampung. Rempah ratus berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti akar telunjuk langit , akar Siti Fatimah, tongkat Ali , akar tutup bumi , bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum , dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.


JAMU


Mengamalkan jamu dari umur masih muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan anda awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh mempercepatkan menopause.



Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Kenapa semakin berumur semakin lemah? Dari segi saintifik, ini adalah kerana kemerosotan sel otak. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ini berlaku:

1) Kurang zat makanan atau mineral atau vitamin.

2) Kurang penggunaan akal fikiran (kurang berfikir secara aktif) menyebabkan sel otak menjadi lemah dan mati. Sel otak yang mati tidak akan diganti lagi setelah kita dewasa kerana pertumbuhan sel otak telah berhenti.

3) Otak kurang rehat (kurang dapat oksigen). Kurangnya oksigen menyebabkan otak jadi letih menyebabkan kita tidak dapat tumpu pada pelajaran atau pengajian atau hal-hal lain.

4) Terlalu banyak makan (terutamanya makanan berasid, seperti asam). Apabila kita terlalu banyak makan menyebabkan otak jadi malas dan lembab yakni lemah. Juga makanan berasid menyebabkan darah kita mempunyai tahap keasidan yang tinggi. Selain daripada itu darah bawa oksigen ke otak, bawa bersama asid ini, maka akan merosakkan sel otak kita.

PETUA:

1. Yakin dengan kebolehan sendiri - Kita perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kita mempunyai daya ingatan yang baik. Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ’saya susah mengingati nama orang’. Padamkan fikiran sebegini dan berjanjilah untuk meningkatkan daya ingatan kita. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.

2. Latih otak - Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatan kita. Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru. Anda boleh mencuba belajar kemahiran menaip atau bermain alat muzik yang baru. Cabar minda anda dengan bermain kuiz atau sudoku. Sedikit sebanyak otak anda akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.

3. Jaga pemakanan - Kata orang kita ialah apa yang kita makan. Diet yang seimbang baik untuk tubuh dan otak. Secara mudah anda boleh mengambil makanan tambahan seperti pil ginkgo biloba. Selain itu, diet yang mengandungi anti oksidan seperti brokoli dan bayam juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan kita.

4. Luaskan imaginasi - Cipta imaginasi sendiri secara kreatif dan mudah diingati. Bayangkan atau visualkan apa yang anda cuba ingat. Contohnya, apa yang dapat anda bayangkan tentang seorang budak dan sebuah buku. Jangan sekadar membayangkan seorang kanak-kanak sedang membaca buku. Sebaliknya cipta visual imaginasi seperti sebuah buku sedang mengejar kanak-kanak tersebut. Atau, budak tersebut sedang makan buku. Lakarkan visual yang luarbiasa kerana ianya akan lebih mudah diingati.

5. Ulang dan ulang - Sentiasa ulang apa yang ingin anda ingat. Sebutkan berulang-ulang tarikh lahir kekasih atau pasangan anda, atau nombor telefon seseorang. Kemudian tuliskannya di atas kertas. Semakin banyak yang anda ulang, semakin banyak yang anda akan ingat.

6. Tingkatkan perhatian - Ada orang selalu merungut mereka mudah lupa nama orang yang mereka baru jumpa. Sebenarnya ia bukanlah kerana ingatan atau memori anda yang teruk. Ianya kerana anda kurang memberi perhatian terhadap nama dan sifat mereka. Belajar mengingati nama dengan mengaitkan sifat fizikal dan tingkah laku mereka.

7. Beri cukup masa - Jangan mudah berputus asa. Beri masa secukupnya untuk diri anda belajar mempertingkatkan daya ingatan. Setiap manusia mempunyai daya yang berbeza untuk mengingati sesuatu perkara. Jauhi diri dari gangguan luar supaya anda lebih fokus. Contohnya ketika anda cuba mengingati nombor telefon rakan baru anda, jangan sibuk berfikir tentang jenama telefonnya.