Thursday, May 27, 2010

MENERIMA KETENTUAN ALLAH DENGAN IKHLAS


Perhatikan Firman Allah dalam Al-qur’an Surat Ar-Ro’d ayat 8,yang artinya” Dan segala sesuatu pada sisi Allah adalah dengan ketentuan Taqdir”.Karena itu sebagai hamba-Nya,yang tidak mampu sedikitpun menentukan kehidupan sendiri,hendaknya berikhtiar dgn sekuat tenaga,kemudian lapang dada menerima hasil yang sudah menjadi ketentuan Allah.Dan sesungguhnya ketentuan Allah adalah suatu nikmat yang harus kita syukuri,sebagaimana
Rasulullah mensyukuri nikmat yang telah diterimanya:” Ya Allah Ya Tuhan Kami ,Jagalah Kami agar supaya selalu ingat kepadaMu,dan tetap bersyukur kepada-Mu,serta jadikanlah kami termasuk orang yang bagus di dalam mengabdi kepadaMu".Demikianlah doa yang sering
Diucapkan Rasulullah setiap selesai Sholat Fardhu untuk mensyukuri nikmat yang telah diterimanya.

Tuesday, May 18, 2010

INGINKAN RUMAHTANGGA SEPERTI INI.....

View Image

Adakah rumah tangga anda seperti gambar diatas???? atau sebaliknya....

Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah :

- Pasangan curang
- Pasangan lari dari rumah
- Hubungan dingin (suami isteri)
- Pasangan panas baran / gemar bermain judi
- Ketagihan dadah
- Terkena sihir
- Ingin disayangi sepenuh hati

& sekiranya tuan/puan menghadapi masalah lain yg berkaitan kekeluargaan atau percintaan, bolehlah menghubungi kami utk lebih lanjut

MANDI LIMAU ,PAPAS @ LANGAI



Limau purut or Kaffir lime by Siti khadijah bt mohd nahar.




Mandian limau juga digunakan untuk merawat peyakit seperti :
-terkena gangguan mahkluk halus
-sihir
-gangguan jiwa
-hilang ingatan
-badan berbau
-Baik untuk membuang bisa-bisa badan
- lenguh sendi, menghindari
- memulihkan tenaga
- menghindari migrain
- memperkuat tenaga batin dan masalah mati pucuk untuk lelaki.

Mandi Garam

-Membuang tenaga negatif dan memulihkan aura.
-Memberi ketenangan ketahap frekuensi gelombang alpha
- kesegaran
- menghaluskan kulit
- merawat penyakit Kulit dan Dalaman secara semulajadi.

Saya hanya memasukan fadilat ayat-ayat al-quran kedalam limau dan garam.Memasukan fadilat ayat-ayat al-quran juga dikenali syifa. Dengan kekuatan ayat-ayat syifa berserta barangan semulajadi insya allah mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.

katakanlah wahai muhammad,tuhanku ialah ALLAH yang maha esa,ALLAH yang menjadi tempat tumpuan sekalian mahkluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak dan juga ia pula tidak diperanakan.dan tiada siapapun yang setara dengannya. (maksud surah al-ikhlas)


Hubungi kami utk lebih lanjut lagi.


BAYI MERAGAM

crying by eric_wen_baby.

Sekiranya cahaya mata tuan/puan mengalami masalah gangguan ghaib. Kerap menangis dan terkejut... Puas berjumpa doktor namun tiada penyudahnya... InsyaAllah, dapat diatasi dgn rawatan alternatif. Kemungkinan bayi kesayangan tuan/puan mengalami gangguan spiritual dan lemah semangat. Hubungi kami utk mencari penyelesaiannya...

RAWATAN GETARAN WARNA

MANDI BUNGA


花儿 by 瑞士大龙.

Mandi bunga pelbagai hajat... Banyak kelebihannya dengan mandi bunga.pada rawatan mandi bunga... Mandi bunga adalah terapi diri agar lebih tenang dan menyerlahkan aura dalaman seseorang. Terbuka utk semua golongan.

Antara kelebihan mandi bunga:

- Menghilangkan bau badan
- Menghilangkan penyakit migrain ( yg berkaitan saraf )
- Menyegarkan badan
- Mencantikkan kulit
- Melambatkan proses penuaan
- Menaikkan aura dalaman agar kelihatan ceria dan berseri-seri
-penaik dan pelaris diri bagi usahawan atau peniagaan
-Memudahkan mendapatkan pekerjaaan

Perempuan akan dimandikan oleh perempuan dan manakala lelaki akan dimandikan oleh lelaki juga dalam bilik yg tertutup dan menutup aurat. Saya hanya memasukan fadilat ayat-yat al-quran kedalam bunga. Anda hanya perlu sediakan barang-barang yg akan saya beritahu nanti.
Bagi pesakit yang mengalami maslah penyakit kronik seperti kanser juga digalakkan mandi bunga bagi menstabilkan getaran warna badan bagi melawan virus .

katakanlah wahai muhammad,tuhanku ialah ALLAH yang maha esa,ALLAH yang menjadi tempat tumpuan sekalian mahkluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak dan juga ia pula tidak diperanakan.dan tiada siapapun yang setara dengannya. (maksud surah al-ikhlas)


Hubungi kami utk lebih lanjut lagi.

Tips Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Monday, May 17, 2010

Knowledge Sharing - Kanser - Pengetahuan, Punca, Makanan Yang Patut Dielakkan & Mengubati Kanser

KANSER



Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kami telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kami. Untuk mengelakkan darah kami menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.



PENGETAHUAN AM



Gigi manusia menunjukkan bahawa kami sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi

4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging.Kitab agama Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja.



PENYEBAB KANSER



Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam.



MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :



a) Makanan yang di BBQ



b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.



c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.



d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.



e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )



g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari.



h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.



UBAT KANSER SEMULAJADI



Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada

pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).



Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun

AYAT2 AL QURAN UNTUK DIAMALKAN

AYAT2 AL QURAN UNTUK DIAMALKAN

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah

Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5

JANGANLAH KITA BERTUHAN KEPADA AYAT SEMATA-MATA TETAPI BERIMAN LAH KEPADA ALLAH YANG MERUPAKAN TEMPAT SEKALIAN MAHKLUK UNTUK MEMOHON HAJAT,DAN YANG TIDAK DIPERANAK DAN JUGA BERANAK, SESUNGGUHNYA TIADA SATU KUASA YANG SETARA DENGANNYA...

perbezaan pendapat

nabi muhammad S.A.W ada bersabda iaitu perbezaan pendapat umatku di akhir zaman adalah satu rahmat dari ALLAH.KITA SEPATUTNYA SALING BERKONGSI PENDAPAT UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM DAN TIDAK TIADA SAPA YANG DAPAT MENGATAKAN SESEORANG ITU SESAT MELAINKAN ALLAH.SEPATUTNYA KITA TERUS BERUSAHA MEMBANGUNKAN PENDAPAT MASING-MASING DENGAN USAHA MASING-MASING....INGATLAH MUSUH-MUSUH SEDANG BERSATU UNTUK MENGALAH KITA TETAPI KITA SEKARANG SIBUK BERPECAH BELAH...AYUHLAH KITA BERSATU HATI DAN KITA TINGGALKAN ZAMAN FITNAH AGAR TERTEGAK KALIMAH KALIMATULLAH..

'Pendapat peribadi: Manusia yang menpunyai ilmu tetapi tidak menamalkan kejalan yang betul. Maka jadi sesatlah. Kadang-kadang orang yang mengatakan orang lain sesat kerana ilmu yang ada cetek menuduh orang lain sesat, bolehkah kita terima. bagaimana pun dimana-mana dalam dunia ini ada undang-undang yang dibuat untuk melindungi sesuatu yang tidak baik. Ikutilah sahaja. Jangan terlalu berani menunjukkan yang kita betul.


Ajaran sesat di Putrajaya terbongkar



SEORANG lelaki (tengah) dipercayai menjadi ketua kumpulan ajaran sesat yang berpusat di kuarters kerajaan di Presint 17, Putrajaya, ditahan bersama-sama 14 pengikut oleh penguat kuasa JAWI dalam satu serbuan awal pagi semalam.


PUTRAJAYA 10 Feb. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berjaya membongkar kegiatan ajaran sesat yang berselindung di sebalik pusat rawatan Islam dalam serbuan di kuarters kerajaan Presint 17 di sini awal pagi ini.

Seorang lelaki dipercayai menjadi ketua kumpulan itu, isterinya dan 14 pengikut ditahan dalam serbuan itu.

Seorang pegawai JAWI ketika ditemui pemberita memberitahu, serbuan pada pukul 1.30 pagi itu berjaya menahan tujuh lelaki dewasa, lima wanita dan empat kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun.

Turut dirampas beberapa peralatan seperti pedang, bendera dan batang besi.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut didapati terpesong daripada akidah Islam kerana dikatakan memberi 'kelebihan' kepada pengikutnya melihat nabi dan wali.

"Mereka mempercayai hijab mereka telah dibuka oleh Allah bagi membolehkan pengikut ajaran sesat ini melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman.

"Pengikut ajaran itu juga mendakwa mereka boleh melihat susuk tubuh nabi-nabi ini," kata pegawai berkenaan selepas serbuan berakhir pada pukul 4.30 pagi.

Operasi diketuai oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAWI, Rohaizan Ismail melibatkan 20 anggotanya dan 15 pegawai polis.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut menggunakan zikir untuk menyembuhkan 'pesakit-pesakit' yang datang mendapatkan rawatan daripada ketua kumpulan terbabit.

Tambahnya, ketua kumpulan ajaran sesat tersebut merupakan seorang bomoh dan mempunyai isteri yang bekerja sebagai kakitangan awam.

Ajaran tersebut juga mendakwa kitab yang dimiliki mereka mempunyai petunjuk yang lebih jelas berbanding al-Quran selain mempunyai para pengikut dari benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Doktrin Palsu, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 dengan denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali.

"Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 6 Dakwaan Palsu yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujar pegawai tersebut.

Thursday, May 13, 2010

Dunia Baru Islam

video

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Suatu hari Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabat, “Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?”

“Malaikat,” jawab para Sahabat.

“Bagaimanalah para malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jawab baginda menafikan.

“Para nabi,” jawab Sahabat lagi.

“Bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.” Nabi membantah lagi jawapan Sahabat.

“Kami Sahabatmu?!” Jawab Sahabat lagi.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?” Jawab Nabi.

Akhirnya Rasul bersabda: “Makhluk paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku. Tapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka. Mereka ialah Ikhwanku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.”

“Wahai Abu Bakar,” Rasulullah bersabda, “Adakah kamu tidak akan merindui Ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau Sahabatku.”

Rasulullah SAW menyambung lagi: “Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku.”

Ketahuilah sesungguhnya Rasulullah SAW itu amat merindui satu toifah dari umatnya yang datang di akhir zaman yang berakhlak seperti akhlak nabi-nabi dan berpegang teguh dengan jalan-jalan para siddiqin. Mereka ialah orang-orang ganjil di kalangan awamul muslimin.