Monday, May 17, 2010

perbezaan pendapat

nabi muhammad S.A.W ada bersabda iaitu perbezaan pendapat umatku di akhir zaman adalah satu rahmat dari ALLAH.KITA SEPATUTNYA SALING BERKONGSI PENDAPAT UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM DAN TIDAK TIADA SAPA YANG DAPAT MENGATAKAN SESEORANG ITU SESAT MELAINKAN ALLAH.SEPATUTNYA KITA TERUS BERUSAHA MEMBANGUNKAN PENDAPAT MASING-MASING DENGAN USAHA MASING-MASING....INGATLAH MUSUH-MUSUH SEDANG BERSATU UNTUK MENGALAH KITA TETAPI KITA SEKARANG SIBUK BERPECAH BELAH...AYUHLAH KITA BERSATU HATI DAN KITA TINGGALKAN ZAMAN FITNAH AGAR TERTEGAK KALIMAH KALIMATULLAH..

'Pendapat peribadi: Manusia yang menpunyai ilmu tetapi tidak menamalkan kejalan yang betul. Maka jadi sesatlah. Kadang-kadang orang yang mengatakan orang lain sesat kerana ilmu yang ada cetek menuduh orang lain sesat, bolehkah kita terima. bagaimana pun dimana-mana dalam dunia ini ada undang-undang yang dibuat untuk melindungi sesuatu yang tidak baik. Ikutilah sahaja. Jangan terlalu berani menunjukkan yang kita betul.


Ajaran sesat di Putrajaya terbongkar



SEORANG lelaki (tengah) dipercayai menjadi ketua kumpulan ajaran sesat yang berpusat di kuarters kerajaan di Presint 17, Putrajaya, ditahan bersama-sama 14 pengikut oleh penguat kuasa JAWI dalam satu serbuan awal pagi semalam.


PUTRAJAYA 10 Feb. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berjaya membongkar kegiatan ajaran sesat yang berselindung di sebalik pusat rawatan Islam dalam serbuan di kuarters kerajaan Presint 17 di sini awal pagi ini.

Seorang lelaki dipercayai menjadi ketua kumpulan itu, isterinya dan 14 pengikut ditahan dalam serbuan itu.

Seorang pegawai JAWI ketika ditemui pemberita memberitahu, serbuan pada pukul 1.30 pagi itu berjaya menahan tujuh lelaki dewasa, lima wanita dan empat kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun.

Turut dirampas beberapa peralatan seperti pedang, bendera dan batang besi.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut didapati terpesong daripada akidah Islam kerana dikatakan memberi 'kelebihan' kepada pengikutnya melihat nabi dan wali.

"Mereka mempercayai hijab mereka telah dibuka oleh Allah bagi membolehkan pengikut ajaran sesat ini melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman.

"Pengikut ajaran itu juga mendakwa mereka boleh melihat susuk tubuh nabi-nabi ini," kata pegawai berkenaan selepas serbuan berakhir pada pukul 4.30 pagi.

Operasi diketuai oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAWI, Rohaizan Ismail melibatkan 20 anggotanya dan 15 pegawai polis.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut menggunakan zikir untuk menyembuhkan 'pesakit-pesakit' yang datang mendapatkan rawatan daripada ketua kumpulan terbabit.

Tambahnya, ketua kumpulan ajaran sesat tersebut merupakan seorang bomoh dan mempunyai isteri yang bekerja sebagai kakitangan awam.

Ajaran tersebut juga mendakwa kitab yang dimiliki mereka mempunyai petunjuk yang lebih jelas berbanding al-Quran selain mempunyai para pengikut dari benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Doktrin Palsu, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 dengan denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali.

"Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 6 Dakwaan Palsu yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujar pegawai tersebut.

0 comments:

Post a Comment