Tuesday, February 23, 2010

tenaga rohaniah


TENAGA ROHANIAH

Sebenarnya bukanlah anggota kasar atau jasmani kita ini sahaja yang ada tenaga atau kekuatan.disamping tenaga badan ini,ada tenaga lain iaitu kekuatan rohaniah .tenaga ini,belum lagi banyak diketahui oleh manusia .para pengkaji tenaga rohaniah atau ahli Psikologi barat memang giat mengkaji,menyelidik dan pembuat percubaan tentang tenaga rohaniah ini,banyak hasil yang mereka dapat. Walau bagaimanapun,yang telah mereka perolehi masih sekelumit dan segenlintir saja.masih banyak dan luas lagi yang belum mereka terokai. Memang kajian tentang rohaniah ini amat lah luas dan dalam. Apa yang telah kita dapat adalah sebahagian sahaja. Sekarang terpulanglah kepada kita untuk mengkaji,menyelidik dan membuat percubaan dalam hal tenaga rohaniah ini.

Banyak perkara yang pelik dan luar biasa boleh dilakukan oleh mereka yang pandai mengawal tenaga rohaniah ini. Orang biasa akan hairan dan tercengang dengan perkara yang luar biasa ini yang dilakukan oleh mereka yang kuat dan handal dalam tenaga rohaniahnya. Ini bukan perkara yang asing kepada kita . orang-orang kita pon memang handal dalam tenaga rohaniah ini tetapi mereka mengatakan tidak mengatakan tenaga rohaniah. Mereka katakan tenaga itu dan ini . mereka katakan tenaga ghaib . pada hal,semuanya itu adalah tenaga rohaniah juga. Mungkin orang-orang yang tidak tahu tentang tenaga rohaniah ini mengatakan tenaga dari jin,tenaga syaitan dan sebagainya. Tidakkah mereka tahu bahwa diri mereka itu sendiri ada tenaga atau kekuatan ? kekuatan jin dan kekuatan syaitan memang ada,tetapi kita tidak mahu tenaga itu mmenyesatkan kita . kita ada tenaga roh ataupon rohaniah kita sendiri .kita pergunakanlah.pasti dengan tenaga itu kita lebih handal dari syaitan dan jin.

· Tahukah saudara bahawa manusia itu paling tinggi darjatnya di sisi Allah??

· Tahukah saudara bahawa semua yang dilangit dan di bumi ini untuk kita?

· Tahukah saudara bahawa pada diri manusia itu ada tenaga terpendam yang maha Gagah???

Ilmu Tenaga Rohaniah adalah gabungan daripada beberapa keilmuan seperti Ilmu Kerohanian, Ilmu Tenaga Dalaman, Ilmu Tenaga Minda dan beberapa keilmuan lain. Ilmu Tenaga Rohaniah yang diamalkan dan diajarkan oleh Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia adalah warisan amalan - amalan darpada para ulama, anbia dan pahlawan Melayu silam


Apa itu tenaga???

Tenaga ialah satu kuasa @kudrat yang mana ianya berfungsi untuk menghidupkan dan mengerakkan sesuatu jisim dengan kuasa yang ada pada sumber tenaga itu.

Contohnya: kapal terbang yang terbentuk daripada kerangka besi yang berat mampu terbang di udara hasil tindak balas tenaga pembakaran minyak & jentera dalam kapal terbang itu hingga menghasilkan kuasa tolakan yang kuat dimana ia dapat melawan daya tarikan graviti bumi.

Contoh 2: Manusia yang hidup mampu bergerak ,berjalan & melakukan berbagai aktiviti harian dengan terhasilnya tindakbalas tenaga karbohidrat + oksigen. Tetapi bagi manusia yang mati tiada lagi tenaga terhasil & tiada aktiviti dapat melakukan

Begitulah pentingnya tenaga kepada kehidupan di alam maya ini bagi menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing.


Apa itu Gmsue?

Gmsue (general medical spritual universal energy Healhcare) @ perubatan menyeluruh melalui kaedah tenaga rohaniah & tenaga alam bagi penjagaan kesihatan manusia\

1. Kaedah perubatan ini mengunakan tenaga rohaniah perawat & pesakit bagi membersihkan tenaga buruk(penyakit) dari tubuh pesakit.

2. Di samping itu ,tenaga ini dapat digunakan untuk memusnahkan kanser,kuman,bakteria,virus yang jahat serta tenaga syaitan yang dapat dalam tubuh pesakit.

3. Tenaga rohaniah juga memperseimbangkan kembali sistem tubuh badan dan mampu melawan penyakit serta membuang racun dari tubuh

Setelah proses pemusnahan dilakukan ,tenaga rohaniah & merawat dari dalam dengan menyalirkan tenaga penyembuhan ,tenaga penawar & tenaga pemulihan. Biasanya ketiga-tiga tenaga ini bergerak serentak &menghasilkan kesan penyembuhan yang cepat dan berkesan. Kaedah rawatan ini perlu diulang beberaper kali bagi awatan penyakit yang kronik & bagi penyakit biasa ianya sembuh dengan lebih cepat sekali/2x rawatan bergantung kepada kekuatan tubuh pesakit. Bagi kesinambungan rawatan ,tenaga alam juga turut terlibat dalam membantu mempercepatkan proses rawatan. Tenaga alam boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan,bunga.air,kristal.garam,persekitaran dan lain-lain sumber semulajadi anugerah dari Allah S.W.t untuk kebaikan manusia. Dari tenaga alam ini bolehlah diambil daripadanya untuk dijadikan ubat atau penawar kepada kesakitan yang di alami oleh pesakit itu. Biasanya apabila kedua-dua kaedah ini digambungkan ,pesakit akan menjadi lebih segar dan akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan.


Asas kajian teknologi perubatan Gmsue

Kajian terhadap teknologi ini berdasarkan kepada beberaper kelemahan teknologi yang sedia ada.

Berikut merupakan beberaper isu yang menjadi asas terhadap kajian teknologi perubatan gmsue.

1. ASAS TENAGA

Kajian terhadap teknologi konvensional menunjukkan jisim(mass)digunakan sebagai punca kepada sesuatu tenaga. Asas teknologi ini bertepatan dengan teori relativity yang dikemukan oleh albert Enstein E=Mc2. Persamaan ini menunjukan tenaga hanya boleh terhasil dengan adanya jisim (mass). Peningkatan tenaga perlu diikuti oleh peningkatan jumlah jisim yang digunakan . persamaan ini didapati tidak tepat memandangkan tenaga juga boleh terhasil dai unsur yang bersifat “Microscopic Particle” (E=HF) seperti yang dijelaskan oleh Max Planck’s iaitu seseorang pakar ilmu sains fizik . kajian ini menjelaskan bahawa tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang tidak berjisim(mass).(tenaga rohaniah)

2. Kesan sampingan

Pengunaan jisim sebagai punca tenaga merupakan antara punca kepada berlakunya masalah kesan sampingan . kajian memperlihatkan bukan semua kandungan yang terdapat di dalam jisim baik untuk kesihatan . di dalam herba yang di anggap baik baik pun terdapat juga unsur –unsur yang boleh membayayakan kesihatan seperti “steroid” & sebagainyta. Peratusan yang kecil menyebabkan ia tidak mendatangkan sebarang kesan merbahaya dalam jangka masa pendek tetapi boleh mendatangkan kesan yang sangat merbahaya pada masa jangka masa panjang . penggunaan ubat seperti antibiotik .x-ray,vaksinasi dan seumpamanya juga telah dibuktikan memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.

3. Mekanisma Rawatan

Kaedah rawatan konvensional hanya menyentuh aspek anatomy & physiologi sahaja ,manakala aspek spritual tidak diambik kira . kajian menunjukan setiap kejadian terdiri dari pada dua unsur iaitu jisim dan gelombang ,sama seperti unsur yang terdapat di dalam semua hidupan iaitu jasad dan roh.kajian terhadap ilmu perubatan homeopathy yang diasakan oleh samual hahneman berasaskan kitabibnu sina juga menjelaskan tubuh manusia terdiri daripada dua unsur iaitu tubuh kasar &tubuh halus. Beliau juga menjelaskan bahawa gangguan terhadap tubuh halus juga akan memberikan terhadap tubuh kasar.ini menunjukan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.

4. Rawatan terhadap simptom

Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap punca & bukan terhadap simptomnya semata-mata. Rawatan terhadap simptom hanya bersifat sementara sahaja , contohnya rawatan rawatan diabetes dengan menggunakan insulin sintetik hanya bersifat sementara sahaja . kegagalan merawat pankres yang menjadi punca kepada penyakit diabetes menyebakan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat sehingga akhir hayatnya,punca yang tidak dapat dirawat akan menyebabkan ia bertambah kronik & mewujudkan pelbagai penyakit baru dalam masa jangka panjang.

5. Masalah penyakit yang tiada penawar

Kaedah perawatan moden telah mengklafikasikan sesetengah penyakit sebagai tiada ubat. Pendapat ini amatlah bercanggah dengan apa yang telah disabda Nabi muhamad S.A.W bahawa “semua penyakit pasti ada ubat nay kecuali maut & tua”. Kegagalan menemui penawar bukan bermaksud tiada penawar ,mungkin kaedah yang dgunakan tidak bertepatan dengan fitrahnya.

6. Kajian terhadap fitrah kejadian manusia

Manusia terdiri daripada dua unsur iaitu jasad dan roh . proses kehidupan ditunjukan melalaui gabunagan kedua-dua unsur ini ,manakala proses kematian ditunjukkan melalaui perpisahan nya . hubungan yang sama juga terdapat pada unsur jisim yang mempunyai kembaranya(duality) dalam bentuk gelombang . keupayaan unsur gelombang bertindakbalas terhadap unsur jisim menjadikannya sebagai dasar kepada tekologi perubatan Gmsue.(Gmsue)

RAWATAN GETARAN TENAGA

Formula rawatan getaran tenaga adalah gelombang getaran warna cahaya sebagai jentera metabolisma untuk menghasilkan dan mempertimbangkan bekalan tenaga aktiviti sel yang mejadi unit asas kehidupan.Rawatan getaran tenaga mempunyai getaran yang bertindak serta merta secara homeotasis. Ia juga mempunyai getaran yang tepat untuk keseimbangan tenaga dalaman yang mempunyai tenaga yang sama. Rawatan getaran tenaga digunakan sebagai pemangkin dalam memecah tenaga nutrien(metabolisma) kepada keperluan tubuh dengan cekap dan optimum. Rawatan getaran tenaga percaya penyembuhan itu ialah dengan mengembalikan semula keseimbangan tenaga dalam. Rawatan dengan menggunakan kaedah getaran tenaga adalah satu cara yang amat mudah dan sangat berkesan. Hasil kajian yang dibuat oleh Prof.Dr.Dame Mossop mendapatiu bahawa organ-organ di badan mengahsilkan frequensi tenaga yang sama dengan frekuensi yang terkandung dalam cahaya matahari. Setiap organ yang berlainan di dalam tubuh manusia didapati memerlukan tenaga yang berlainan warna untuk merangsang keupayaan optima organ tersebut.

Sebagai conth:

Jantung manusia menghasilkan frekuensi gelombang elektromagnet berwarna hijau . ini bermakna sekiranya seseorang mengalami masalah jantung,bererti ia juga kekurangan komponen tenaga cahaya matahari yang berwarna hijau. Dari segi perubatan moden yang di amalkan sekarang,ubat-ubatan yang diambil bukanlah penyembuh bagi sesuatu penyakit,tetapi hanya merupakan perangsang kepada mekanisme daya pertahanan(menahan sakit). Oleh itu, tiada ubat yang dapat menyembuhkan AIDS kerana Aids bukan lah penyakit. Virus Hiv bertindak menyerang sel T4 iaitu sel yang diperluakn untuk menjalankan mekanisme tersebut sehingga lumpuh/ tidak berfungsi . inilah yang menyebabkan peenghidap Aids mudah diserang pelbagai jenis penyakit kronik sehingga membawa maut.

Kita berasa sihat atau sakit bukanlah disebabkan oleh keadaan fizikal semata-mata .masalah yang kita hadapi juga banyak dipengaruhi oleh pencemaran udara,gangguan persikataran,penyakit berjangkit dan peningkatan tekanan kerja(sosial dan rumahtangga). Semangat .emosi dan mental juga dapat mempengaruhi keadaan kesihatan kita. Apabila masalah di atasa berlaku,kita akan sakit sama ada sakit dari segi fizikal ,semangat dan mental .perkaraini berlaku kerana komponen tenaga dalaman badan kita tidak seimbang. Dalam perubatan cina,mereka percaya kepada Chi iaitu tenaga batin yang terdiri dari tenaga Yin (panas) dan Yang (sejuk). Apabila salah satu dari komponen tenaga sejuk tidak berfungsi/seimbang di dalam badan ,ia akan memberi kesan kepada tenaga panas. Maka kesannya kita akan mendapat sakit.

Sekirannya mekanisma daya pertahan badan dan penyembuhan berada dalam keadaan seimbangan dan berfungsi dengan baik,segala jenis penyakit akan dapat ditangani. Tujuan pengambilan ubat moden atau tradisonal hanya satu iaitu untuk membekal tenaga yang dapat merangsang mekanisma daya pertahanan dan pemyembuhan badan melawan penyakit .apa yang menjadi persoalan di sini sekarang ialah adakah tenaga yang dibekalkan itu mencukupi & ditujukan kepada kawasan/organ yang betul.

0 comments:

Post a Comment