Wednesday, February 24, 2010

Siapa Diri Kita

Kita sepatutnya sedar bahawa dalam badan kita ini terdiri daripada atom. Atom ini pula terbahagi kepada dua. Elektron dan proton . kedua benda ini adalah cas elektrik.eletrik itu adalah tenaga. Oleh itu, hakikat manusia itu sebenarnya adalah tenaga. Tenaga itu pula adalah bayangan atau manifestasi nama tuhan. Satu dari nama tuhan adalag al-qadiri yang berti yang berkuasa atau yang bertenaga atau mempunyai kekuatan. Olehg yang demekian, pada manusia itu ada tenaga yang dipancarkan oleh allah kepada kita.

Manusia itu sebenarnya tenaga yang dipimpin oleh akal (intelligence). Oleh itu, manusia ini ada power atau kuasa . kuasa ini dapat mengatasi segala kuasa dan tenaga . memang benar kata-kata orang sufi bahawa “manusia itu adalah bayangan tuhan”. Maksudnya dalam sekali dan janganlah diambil maksud fizikalnya sahaja atau nyata ini. Hanya orang berkerohanian sahaja yang akan tahu betul maksud ayat”manusia itu adalah bayangan tuhan”tersebut. Kalau saudara bukan orang-orang ketuhanan atau kerohanian ,janganlah cuba mentafsirkan ayat itu,kelak sesat pulak.

Seorang cendikiawan dari barat bernama William Lear,ketua Lear Elektronic company di amerika,ada meramalkan di suatu hari nanti mungkin manusia dapat memperhaluskan badanya menjadi aliran-aliran elektron dan kemudian memancarkan ke suatu tempat yang jauh dan membentuk semula badannya disana sebagaimana semula. Sains telah membuktikan sekarang bahawa Mass (jisim) ditukar menjadi tenaga dan kemudian dijadikan jisim semula.

Kalau anda hendakkan kajian yang lebih mendalam, banyakkan mengkaji , membaca , memikir dan bertanya kepada orang-orang yang lebih tahu tentang masalah diri ini .insya allah anda akan berjaya ,sekiranya betul-betul berminat

0 comments:

Post a Comment