Wednesday, February 24, 2010

APA ITU SAKIT???

Semua kejadian harus berada di dalam keseimbangan yang ditakrifkan sebagai sihat,cantik,ceria &sebagainya. Alam sekitar juga perlu berada di dalam keseimbangan & semua kejadian mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan. Contohnya dalam proses pernafasan .”manusia mengambil oksigen & membebaskan karbon dioksida manakala tumbuh-tumbuhan mengambil karbon dioksida & membebaskan oksigen “ bagi mengekalkan keseimbangan gas dalam “Atmosfera”. Pencemaran alam sekitar sering dikaitkan dengan aktiviti pembangaunan yang membebaskan gas karbon dioksida & penebangan hutan yang berluasa . ini menyebabkan keupayaan menukarkan gas karbon dioksida kepad oksigen semakin berkurangan . ketidakseibangan ini menunjukkan bahawa alam sekitar juga sedang “Sakit”. Kesan dari ketidakseimbagan ini telah menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis dan mendedahkan hidupan kepada radiasi ultra unggu(sinar UV),aras laut menjadi semakin tinggi dan cuaca dunia menjadi semakin tidak menentu adalah simptom kepada ketidakseimbangan ini.

Sakit juga sering dikaitkan dengan bakteria,virus,kulat,parasit dan sebagainya. Persoalannya aaakah benar pernyataan bahawa agen-agen tersebut merupakan punca kepada sesuatu penyakit! Mengapa sesetengah orang tidak mengalami masalah jangkitan bakteria yang menjadi punca kepada penyakit memandangkan ada 100 trilion bakteria yang wujud di dalam dan di luar tubuh badan kita! Ini kerana badan kita juga memerlukan bantan bakteria untuk melakukan proses penghadaman dan penyerapan tenaga oleh usus. Alam sekitar juga memerlukan peranan bakteria bagi membantu proses pereputan bagi mengimbangi ekosisitem.

Penyakit terhasil akibat daripada kegagalan organ menjalankan fungsinya secara berkesan menyebabkan toksid yang terdapat didalam badan tidak dapat di keluarkan dari sistem tubuh badan kita. Kegagalan ini menyebabkan oleh pengambilan terlalu banyak bahan yang berbahaya samaada melalui pemakanan,udara, dan sebagainya yangmelebihi dari kemampuan sistem badan kita menjadi tidak seimbang . ini secara tidak langsung membuka ruang kepada aktiviti agen pelerai seperti bakteria ,virus,parasit,kulat sebagainya.tindakbalas agen pelerai ini menyebabkan peranannya tersendiri sesuai dengan fitrah kejadiannya.


Kenapa kita jatuh sakit?


Mengikut kajian Datok Dr.Azam B Zulkifli M.D.Phd(M.A.Gmsue) selama 7 tahun, terhadap pesakit-pesakit yang pernah menjalani rawatan di pusat rawatan pakar darul Hidayah Sdn.Bhd

Beliau dapati pesakit mendapat penyakit berpunca dari perkara berikut:

1. Tekanan perasaan 50%

2. Alam sekitar/cuaca 10%

3. Pemakanan yang tidak seimbang 25%

4. Genetik /keturunan 5%

5. Keracunan/ubat 10%

Menurut bancian kajian Datok D.r Azam Zukfifli mendapati 2 faktor besar penyebab penyakit iaitu:

1. Masalah gangguan hati

2. Masalah daripada perut

Punca-punca ini yang melemahkan sistem imun tubuh dan akibatnya kelemahan itu,kita akan jatuh sakit

0 comments:

Post a Comment