Friday, December 3, 2010

Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Kenapa semakin berumur semakin lemah? Dari segi saintifik, ini adalah kerana kemerosotan sel otak. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ini berlaku:

1) Kurang zat makanan atau mineral atau vitamin.

2) Kurang penggunaan akal fikiran (kurang berfikir secara aktif) menyebabkan sel otak menjadi lemah dan mati. Sel otak yang mati tidak akan diganti lagi setelah kita dewasa kerana pertumbuhan sel otak telah berhenti.

3) Otak kurang rehat (kurang dapat oksigen). Kurangnya oksigen menyebabkan otak jadi letih menyebabkan kita tidak dapat tumpu pada pelajaran atau pengajian atau hal-hal lain.

4) Terlalu banyak makan (terutamanya makanan berasid, seperti asam). Apabila kita terlalu banyak makan menyebabkan otak jadi malas dan lembab yakni lemah. Juga makanan berasid menyebabkan darah kita mempunyai tahap keasidan yang tinggi. Selain daripada itu darah bawa oksigen ke otak, bawa bersama asid ini, maka akan merosakkan sel otak kita.

PETUA:

1. Yakin dengan kebolehan sendiri - Kita perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kita mempunyai daya ingatan yang baik. Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ’saya susah mengingati nama orang’. Padamkan fikiran sebegini dan berjanjilah untuk meningkatkan daya ingatan kita. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.

2. Latih otak - Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatan kita. Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru. Anda boleh mencuba belajar kemahiran menaip atau bermain alat muzik yang baru. Cabar minda anda dengan bermain kuiz atau sudoku. Sedikit sebanyak otak anda akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.

3. Jaga pemakanan - Kata orang kita ialah apa yang kita makan. Diet yang seimbang baik untuk tubuh dan otak. Secara mudah anda boleh mengambil makanan tambahan seperti pil ginkgo biloba. Selain itu, diet yang mengandungi anti oksidan seperti brokoli dan bayam juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan kita.

4. Luaskan imaginasi - Cipta imaginasi sendiri secara kreatif dan mudah diingati. Bayangkan atau visualkan apa yang anda cuba ingat. Contohnya, apa yang dapat anda bayangkan tentang seorang budak dan sebuah buku. Jangan sekadar membayangkan seorang kanak-kanak sedang membaca buku. Sebaliknya cipta visual imaginasi seperti sebuah buku sedang mengejar kanak-kanak tersebut. Atau, budak tersebut sedang makan buku. Lakarkan visual yang luarbiasa kerana ianya akan lebih mudah diingati.

5. Ulang dan ulang - Sentiasa ulang apa yang ingin anda ingat. Sebutkan berulang-ulang tarikh lahir kekasih atau pasangan anda, atau nombor telefon seseorang. Kemudian tuliskannya di atas kertas. Semakin banyak yang anda ulang, semakin banyak yang anda akan ingat.

6. Tingkatkan perhatian - Ada orang selalu merungut mereka mudah lupa nama orang yang mereka baru jumpa. Sebenarnya ia bukanlah kerana ingatan atau memori anda yang teruk. Ianya kerana anda kurang memberi perhatian terhadap nama dan sifat mereka. Belajar mengingati nama dengan mengaitkan sifat fizikal dan tingkah laku mereka.

7. Beri cukup masa - Jangan mudah berputus asa. Beri masa secukupnya untuk diri anda belajar mempertingkatkan daya ingatan. Setiap manusia mempunyai daya yang berbeza untuk mengingati sesuatu perkara. Jauhi diri dari gangguan luar supaya anda lebih fokus. Contohnya ketika anda cuba mengingati nombor telefon rakan baru anda, jangan sibuk berfikir tentang jenama telefonnya.

1 comments:

Rahmat said...

Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura

Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

WhatsApp +62 887 4351 35870

Post a Comment