Sunday, April 25, 2010

Cinta ditolak, bomoh bertindak

Cinta ditolak, bomoh bertindak

Sebahagian para pemuda yang mabuk asmara yang sering menjadikan topik perbualan harian tentang perempuan mesti sinonim dengan pepatah ini, ‘Cinta ditolak, bomoh bertindak’.

Ada dua perkara penting yang perlu kita sangkal dalam slogan ini. Pertama, cinta yang salah penerapan. Ketika orang berbicara tentang cinta, maka yang terfikir di otak para remaja adalah couple, dating, tengok wayang, dan macam-macam lagi kegiatan yang mendekati zina. Yang kedua, ketika kepentingan hawa nafsu mereka tidak terpenuhi, maka automatik mereka lari kepada para dukun yang justeru menceburkan mereka ke dalam dosa yang jauh lebih berat iaitu syirik dan kekafiran. Ini tidak jauh dengan ungkapan, "
Lepas dari gigitan singa, terjatuh ke mulut buaya". Nah, tentu ini merupakan musibah dan bencana yang menghancurkan iman dan jati diri seorang insan. Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia berkenan mengampuni dosa lain di bawah tingkatan syirik bagi orang yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisaa’: 116).

Perhatikanlah, inilah realiti umat yang hari ini kita hadapi. Ketika aqidah dan akhlak generasi muda telah terkikis dan luntur dari lubuk hati mereka, maka secara automatik syaitan dan bala tenteranyalah yang bekerja dan memegang dan mengendali tubuh dan akal pikiran mereka. Maka tidaklah menghairankan jika banyak remaja yang mengalami kisah-kisah hitam yang menyajikan lika-liku dunia perbomohan dan sihir menyihir, bahkan ia menempati dalam kedudukan
best seller yang terjual laris dalam waktu yang singkat, laa haula wa laa quwwata illa billaah!!.

Sementara di sisi lain, kita saksikan kitab-kitab para ulama salaf masih menjadi barang aksesori yang menghiasi rak dan meja para pemuda dan generasi penerus perjuangan Islam di masa depan. Jangankan memiliki kitabnya, membaca tulisan arab dan jawi pun mereka tidak sanggup melakukannya. Sungguh menyedihkan, sebuah umat yang telah diwarisi dengan al-Kitab dan as-Sunnah oleh Rasul SAW, namun begitu lebih menyedihkan kitab-kitab ’sihir’ yang memalingkan mereka dari al-Qur’an dan as-Sunnah.

Ketika dahulu para sahabat asyik menelaah dan mengkaji hadith-hadith Nabi SAW dan sering menjadi topik penting dalam perbincangan mereka sehari-hari hinggakan ada dikalangan sahabat-sahabat yang sering menangis mendengar hadith Nabi SAW. Namun pada hari ini kita saksikan perbualan kaum muda hanya dipenuhi dengan gelak tawa dan esak tangis palsu disebabkan menonton filem barat, program realiti yang melalaikan dan membazir, pertandingan sepak bola yang sarat dengan supporter ala jahiliyah, dan nyanyian artis idola serta ramalan bintang dan sebaganinya lagi, fa inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun..

Inilah sekelumit gambaran tentang dunia ramal meramal dan perbomohan yang telah meracuni atmosfera kehidupan kaum muslimin di berbagai daerah, negeri dan negara. Apa yang di lontarkan di sini hanyalah sebahagian kecil dari berbagai bentuk jenis perbomohan dan sihir menyihir yang ternyata memang ada dan terjadi di kalangan masyarakat kita. Jalan keluar darinya adalah dengan kembali kepada bimbingan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntun kita untuk mencuci bersih hati kita dari segenap kotoran keyakinan dan mengisinya dengan siraman ayat-ayat cinta Allah dan wasiat ‘indah’ Nabi SAW.

Tidak akan tercapai kejayaan umat akhir zaman ini kecuali dengan tauhid, sebagaimana tidak akan selamat seorang hamba di ‘
mahkamah’ pengadilan Allah kelak di hari kiamat kecuali dengan tauhid. Sudah saatnya, bagi setiap individu muslim untuk menyedari bahaya besar ini dan berjuang untuk menyelamatkan aqidah mereka dan saudara saudaranya dari tipu daya para bomoh dan paranormal yang gemar menebar berbagai penipuan dan menyeret para pemuda kita ke lembah kesesatan dan kesyirikan..

Kena Tindih Hantu..??

Kena Tindih Hantu..??

Pernahkah anda merasa seperti tertindih sesuatu yang sangat berat, dicekik, dada rasa sesak, tak mampu bergerak mahupun berteriak, saat menjelang atau bangun tidur?

Fenomena itu beberapa kali dialami jefri (nama sebenar, roomate, 26) sewaktu tidur. “Seperti ditindih sesuatu yang tidak kelihatan, saya seperti tidak dapat bersuara mahupun berteriak. Ada semacam rasa dingin yang menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh,” ceritanya.

Kejadian itu membuatnya tidak berani tidur. Apalagi setelah ia mendengar cerita neneknya bahawa hal itu dikenali dengan nama tindihan, dan yang menindihnya adalah makhluk halus. Setelah berbincang dengan doktor, baru dia tahu bahawa ia mengalami gangguan tidur yang disebut sleep paralysis.

Tindihan pada istilah perubatannya disebut
sleep paralysis. Ini merupakan keadaan diana ketika orang sedang tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sukar bergerak, berteriak pun tidak mampu. Kejadian ini biasanya disertai halusinasi, iaitu seperti melihat semacam lembaga di sekitar tempat tidur, dan dapat terjadi beberapa saat hingga minit.

Fenomena ini kerap dikaitkan dengan hal-hal mistik. Ini kerana bentuk halusinasi yang muncul biasanya menyerupai susuk sahabat, saudara yang telah meninggal, bayangan hitam, atau hantu, bergantung latar belakang kebudayaannya.

Di Barat, fenomena ini sering disebut mimpi buruk atau
old hagberdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada pula yang melaporkan melihat agen rahsia asing atau alien. Pada banyak lukisan abad pertengahan dapat kita lihat lembaga roh jahat menduduki dada seorang perempuan, sehingga ia berada didalam ketakutan dan merasa sukar untuk bernafas.

“Fenomena tindihan sering terjadi pada orang yang kurang tidur. Boleh juga terjadi disebabkan oleh kelelahan, stress, dan cemas berlebihan,”

Seorang penyelidik dalam bidang
sleep paralysis, Al Cheyne dari University of Waterloo berpendapat, sleep paralysis adalah sejenis halusinasi kerana kegagalan fungsi tidur pada tahap rapid eye movement (REM).

Dijelaskan juga, tidur dapat dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan gelombang otak, iaitu tahap N1, N2, N3, dan R. Urutan tidur biasanya dimulai dari N1-N2-N3-kembali ke N2-R-kembali ke N2-N3-kembali ke N2-R-kembali ke N2-N3 dan seterusnya.

N1 adalah tahap tidur paling ringan, sering kita masih setengah sedar. N2 merupakan tahap tidur yang lebih dalam, sedangkan N3 paling dalam. R adalah REM. Pada peringkat ini mimpi terjadi.

Gelombang otak mimpi mempunyai frekuensi mirip seperti gelombang otak pada peringkat sedar. Ini menjelaskan kenapa orang mampu merasa seperti berada di alam kesedaran lain ketika bermimpi.

Keadaan tubuh yang terlalu lelah atau kurang tidur sering membuat gelombang otak tidak mengikuti peringkat tidur yang sepatutnya. Dari sedar ke N1 lalu melompat ke R (mimpi). Yang khas pada mimpi ini timbul halusinasi seperti munculnya lebaga lain dan lumpuh (paralysis), sehingga tubuh tidak dapat bergerak atau mulut terasa kelu.

Fenomena tindihan dapat terjadi pada lelaki dan wanita. Usia rata-rata orang mengalami tindihan pertama kali pada umur 14-17 tahun. Lebih kurang setiap orang pernah mengalami tindihan setidak-tidaknya sekali atau dua kali dalam hidupnya. Tindihan dapat disebabkan hal yang tidak dapat dikawal hingga menyebabkan stres dan terbawa-bawa dalam mimpi.

Keadaan pada persekitaran kerja juga mempengaruhi. Contohnya, mereka yang bekerja dalam shift lalu kekurangan tidur dan memiliki pola tidur yang tidak teratur. Ia juga sering terjadi pada individu yang tidur dalam posisi terlentang, wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur. Kerana itu, mengubah posisi tidur dapat mengurangkan risiko diserang fenomena tindihan.

Tindihan juga boleh muncul pada pesakit sleep apnea walaupun jarang kerana selalu berada dalam keadaan yang kurang tidur akibat nafas yang tersekat-sekat. Kurang tidur inilah yang menyebabkan terjadinya tindihan.

Walaupun sering terjadi, tindihan sepatutnya diwaspadai kerana boleh menyebabkan terjadinya gejala penyakit, misalnya narcolepsy, sleep apnea, kecemasan, depresi, atau kurang tidur. Ada baiknya psakit membuat catatan mengenai pola tidurnya selama beberapa minggu, untuk membantu mengetahui punca terjadinya tindihan.

Jika tindihan terjadi disebabkan terlalu lelah, cubalah lebih banyak berehat. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.

Apapun, pada semua ibubapa atau sesiapa pun, cuba jangan sesekali didik atau momokkan anak-anak dengan hantu. Ditakuti anak-anak lebih takut pada hantu berbanding Tuhannya..^_^

Ubah mentaliti, perbaiki persepsi dan tingkatkan pengetahuan..

Hanya PadaMu

Hanya PadaMu

Ketika terhimpit dalam keadaan yang sulit, beberapa orang yang tidak sabar dan memiliki iman yang lemah akan memilih jalan yang rumit dan menyimpang. Bomoh, dan sang paranormal akan menjadi penasihat, praktikal kesyirikan dilakukan, meminta kepada selain daripada Allah SWT.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa semua hal selain Allah SWT pada hakikatnya adalah lemah dan tidak berdaya. La hawla wa la quwwata illa billah (tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).

Apakah ketika mereka meminta kepada selain Allah dan melakukan perbuatan syirik semacam memberikan sajian kepada sembahan? Maka doa mereka akan dikabulkan, urusan mereka akan dipermudahkan? Tidak, sekali-kali tidak hanya ada tipuan syaitan durjana yang melompat senang hati.

Hanya bagi Allah lah yang mengkabulkan doa yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah SWT tidak dapat memperkenankan sesuatu pun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai semuanya ke mulutnya. Dan doa (ibadah) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. (Ar-Raa'd: 14)

Hal yang sama pun pernah diungkapkan oleh Nabi Ibrahim AS, kata beliau kepada para penyembah berhala:

Dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Apakah yang kamu sembah?" Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala dan kami sentiasa tekun menyembahnya". Berkata Ibrahim AS: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa) mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)? atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudarat?" (Asy-Syuaraa': 69-73)

Syirik: Dosa Besar

Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (Luqman: 13)

Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Dosa apakah yang paling besar menurut Allah? Rasulullah saw bersabda: Engkau membuat sekutu bagi Allah, padahal Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sungguh, dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Beliau menjawab: Engkau membunuh anakmu kerana takut miskin. Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah saw menjawab: Engkau berzina dengan isteri jiranmu. (HR Bukhari dan Muslim)

Dosa yang paling besar adalah syirik (menyekutukan Allah), dan salah satu contoh syirik paling besar iaitu mengarahkan ibadah untuk selain Allah SWT seperti doa.

Apakah pada fikiranmu, Allah SWT tidak mengetahui semua kesusahanmu?
Apakah pada fikiranmu, Allah SWT lalai dari memperhatikan hamba-hambaNya?
Apakah pada fikiranmu, Allah SWT tidak mendengar bisikan hatimu? Tidak melihat titisan air matamu?

Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib, tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Loh mahfuz). (Al-An'aam: 59)
Berdoalah..^_^

Putus asa bukanlah sebuah pilihan dalam kehidupan seorang yang beriman.

Yaakub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". (Yusuf: 86-87)

Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan ini?" Mereka menjawab: "Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa". Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat". (Al-Hijr: 54-56)

Teruslah berusaha, pantang putus asa, menyerah kalah, lemah, tetaplah optimis, dan iringinya dengan berdoa.

Do'a adalah senjata seorang mukmin dan tiang (pilar) agama serta cahaya langit dan bumi. (HR. Abu Ya'la)

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (Al-Mu'min: 60)

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya). (An-Naml: 62)

Ketika kesulitan dan masalah yang begitu sesak menghimpit dada, ketika jalan keluar bagaikan suatu hal yang mustahil maka kuatkanlah kesabaranmu (bersabar dalam erti terus berusaha dan menjaga diri dari melakukan perbuatan yang dilarang) dan yakinlah bahawa Tuhanmu, Allah SWT, adalah zat yang maha perkasa. Selalu lah libatkan Allah dalam kehidupan kita, dalam kesulitan, dan dalam kesyukuran, ketika kesukaran telah berganti kebahagiaan. Insya Allah.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-Insyiraah: 5-6)

Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. (Ath-Thalaaq: 4)

Campur-campur

Campur-campur

Ikhtilat merupakan pengumpulan yang melibatkan percampuran diantara lelaki dan perempuan (yang asing) yang berlaku didalamnya (secara adatnya) bebas pandang memandang serta bebas berinteraksi diantara satu sama lain didalam satu tempat yang tertentu.

Hukum al-Ikhtilat adalah haram atau dilarang sama sekali didalam Islam. Hukum ini disandarkan diatas beberapa hadis Baginda ar-Rasul SAW khususnya kepada golongan wanita.

Secara umumnya, perbuatan ini dilarang di dalam Islam, dan termasuk dalam perkara-perkara yang amat berbahaya kerana melaluinya, diri mudah untuk terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan, mudah untuk membawa seseorang mendekati zina. Allah telah berfirman:

"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan merupakan jalan yang buruk." (Al-Israa’ : 32).

Selain daripada itu, larangan untuk wanita berjalan bersama kaum lelaki di jalanan boleh dikatakan sebagai salah satu situasi yang boleh kita panggil sebagai ikhtilat, dalam hadis Rasulullah SAW, baginda pernah menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

"Tidaklah seorang laki-laki bersendirian dengan seorang seorang wanita (yang bukan mahramnya) melainkan syaithan yang ketiganya." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim, dan Hajim mensahihkannya)

Dalam pergaulan, Islam telah menetapkan beberapa adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.

• Ucapan yang sopan dan berfaedah dan tidak bersentuhan kulit

Firman Allah yang bermaksud: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia. Menjaga anggota badan dari menyentuh kulit mereka yang haram bagimu untuk menyentuhnya.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.

• Menjaga pakaian yang disarankan Islam

Firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj (bersolek).

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

• Serius dalam ucapan dan tidak melembutkan suara & menundukkan pandangan sesama mereka Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.

Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu. Dalam surah An-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

• Menjaga pergerakan dan tidak menzahirkan sesuatu yang menarik perhatian

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lentuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

Namun terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.

Firman Allah maksudnya:
Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah


Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.

'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam


Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.

Ringkasnya, salah satu solusi, metode dan sarana dari Islam untuk menjaga keharmonisan hubungan antara laki-laki dan perempuan, adalah dengan mengendalikan kecenderungan naluri kepada lawan jenis, baik dari sisi llelaki mahupun perempuan.

Bersangka Baik..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


sumber:http://khyrulhycal313.blogspot.com/

Wanita Si Pohon Semalu


Wanita Si Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


sumber:http://khyrulhycal313.blogspot.com/

Azab Mustafa Kamal Attaturk

Azab Mustafa Kamal Attaturk

Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya. KEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.

Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.

Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah.

Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.

Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut.

Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan Firaun. Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi.

Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk. Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.

Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.

Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.

Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. rahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa.

Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menternya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.

Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan dganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah.

Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.

Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.

Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas.

Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan ubat-ubat kampung (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.

Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut.

Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.

Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.

Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.

Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.

Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan kepulangannya kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan.

Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

sumberhttp://khyrulhycal313.blogspot.com/