Thursday, April 29, 2010

GANJARAN PENGORBANAN ISTERI DAN IBU

PAHALA WANITA

MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

* KELEBIHAN SEORANG IBU

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.

Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.

Penciptaan Adam

Penciptaan Adam diriwayatkan sebagai satu daripada ciptaan Allah yang paling kontroversi atau paling disebut-sebut oleh makhluk Allah yang lain. Peristiwa tersebut disebut dalam al-Qur'an apabila para malaikat mempersoalkan kejadian (manusia) sebagai khalifah atau pengganti di bumi.

"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30)
Ciptaan dari tanah

Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walau bagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.

Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi. Maka, Allah memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.

Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:

* Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
* Tanah Bukit Tursina (Mesir) - telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
* Tanah Iraq - dahi sebagai tempat sujud kepada Allah.
* Tanah Aden (Yaman) - muka sebagai temat berhias dan kecantikan.
* Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian.
* Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis.
* Tanah Kaabah(Makkah) - tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
* Tanah Paris (Perancis) - tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak.
* Tanah Khurasan (Iran) - perut sebagai tempat berlapar.
* Tanah Babylon (Iraq) - kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan.
* Tanah Tursina (Mesir) - tulang sebagai peneguh manusia.
* Tanah India - kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan.
* Tanah Firdaus (Syurga) - hati sebagai tempat keyakinan, keimanan, dan kemahuan.
* Tanah Taif (Arab Saudi) - lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa.

Penyempurnaan

Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan dua di bawah badan iaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut, satu dubur dan satu uretra. Lima pancaindera dilengkapkan dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk pengesanan bauan, lidah untuk perasa seperti masam, masin, manis dan pahit dan kulit untuk sentuhan bagi panas, sejuk, tekanan, kelikatan dan sakit.

Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut. Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". Kemudian, tubuh tersebut dibenam dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.

Waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui apa cara perhitungan sekalipun seperti dalam al-Quran: "Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut..." (76:1)

Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau. Dari situ, Allah ubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu yang melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari tanah.

Kemasukan roh.

Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu. Dikatakan ruh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan malaikat. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail memaksa ruh memassuki tubuh tersebut masuk ke dalam tubuh Adam. Ia memasukkannya ke dalam tubuh dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah meresapi ke kepala Adam, maka berfungsilah otak dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna. Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan malaikat di sekelilingnya. Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah tasbih para malaikat. Apabila roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga terbuka. Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan kalimah pertama diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.

Kemudian, roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat manusia yang terburu-buru. Ketika roh sampai di perut, maka organ dalam dan perut tersusun sempurna dan saat itu Adam mula merasakan lapar. Akhirnya, roh meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala darah daging, tulang, urat saraf dan kulit. Menurut riwayat, kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia di kini dan warnanya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.

Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia. Walau bagaimanapun, hanya Nabi Muhammad s.a.w. mendapat gelaran "Abul Ruh" atau "Abul Arwah" iaitu Bapa segala Roh.

JANJI TUHAN



Alangkah indah hidup ini,
bila islam bersinar kembali,
cahaya iman menyuluh sanubari,
kebenaran mewarnai bumi,
Kalam ALLAH memimpin manusia,
Sunah rasul memandu langkannya,
ISi alam mendapat rahmat dan berkatnya,
kebatilan tiada tempatnya,
TElah lama dinantikan,
bara islam marak semula,
manusia
kegelapan
merindukan cahaya pembela,

pasti datang!!!
saat itu,
janji tuhan pasti berlaku
di dunia bahagia,
syurga tuhan kekal selamanya
pada ALLAH doa dan harapan
daulah islam seluruh alam
selamatkan kami umat akhir zaman
dengan iman yang terpelihara

WASIAT UWAIS AL-QARNI KEPADA HARIM BIN HAYYAN

Telah berkata Harim bin Hayyan rahimahullahhu ta'ala kepada Sayyidina Uwais al-Qarni r.a. : Wasiatkanlah akan daku! Lalu kata Uwais r.a.:

Berbantalkanlah akan maut bilamana engkau tidur;

Jadikanlah maut itu sentiasa berada di depan kedua matamu;

Dan bilamana engkau bangun (daripada tidur)mu, maka berdo'alah kepada Allah Ta’ala agar DIA mengislahkan (memperbaiki) bagimu akan hatimu dan niatmu! Maka engkau tidak akan merawat akan sesuatu yang lebih bersangatan berat ke atasmu dari keduanya itu (iaitu hatimu dan niatmu). (Apa yang sering terjadi) di antara hatimu dan niatmu ialah bilamana hatimu bersamamu (yakni hatimu maju/kedepan), niatmu pula mundur ke belakang, dan bilamana hatimu mundur kebelakang niatmu pula maju/kedepan;

Dan janganlah engkau memandang kepada kecilnya sesuatu dosa itu, tetapi pandanglah kepada keagungan DIA yang engkau telah durhakai.

[Shifah as-Sofwah oleh al-Imam al-'Alim Jamaluddin Abi al-Faroj ibnu al-Jauziy rahimahullahhu ta'ala, jilid ke-2, juzuk ke-3 halaman 34. Daarul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan.]

Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!



Wardini, Kuala Kangsar.


Jawapan Dr MAZA:


Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.

Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

sumber drmaza.com

HATI INI MILIK ALLAH

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?


Mak jawab, kedua-duanya bukan..


Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.


Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.




Secret Admire


Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah...

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.

Cuba kakak renungkan..

kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.


Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.



http://khyrulhycal313.blogspot.com/

17 Kebaikan Sujud

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi serta terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dsb.

16. Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dsb.

17. Dari sudut perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

6 Perkara Allah Sembunyikan

SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:


"WAHAI TUHANKU"
* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?
* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"
* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,
* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD


"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"


* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA
"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"
* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."

* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.
* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;
* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"
* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD


"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."
MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;


* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA Hari

nama

Di antara hak anak ke atas ibu bapanya ialah memberikannya nama yang baik dan menghindarkan daripada memberikannya nama yang tidak elok.

Tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya di antara hak anak ke atas bapa ialah mengelokkan namanya dan mengelokkan adabnya.”

(Hadis riwayat al-Bazzar)

Sebagaimana juga menurut hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang lain dan kata-kata ulama bahawa adalah dituntut terutama sekali kepada ibu bapa supaya memilih nama-nama yang baik dan nama-nama yang memberi sempena baik ketika meletakkan atau memberi nama kepada anak yang baru lahir, dan menghindarkan daripada meletakkan nama-nama yang dimakruhkan lebih-lebih lagi yang diharamkan.

Syeikh al-Islam Ibrahim al-Baijuri menegaskan di dalam kitab Fath al-Qarîb bahawa sunat diberi nama anak dengan nama yang baik, sebagaimana menurut sebuah hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Sehubungan dengan itu Islam meletakkan garis panduan yang boleh dijadikan sebagai asas ketika memilih dan memberi nama anak.

Masa Yang Dianjurkan Memberi Nama Anak
Al-Imam an-Nawawi menegaskan di dalam kitabnya al-Adzkâr bahawa sunat memberi nama anak yang baru dilahirkan sama ada pada saat hari dia dilahirkan ataupun pada hari ketujuh, sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan membuat ‘aqiqah untuknya.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Walaupun demikian, ada juga ulama mengatakan bahawa tidaklah mengapa yakni harus memberi nama anak sebelum hari ketujuh ataupun selepasnya.

Orang Yang Berhak Memberikan Nama
Bapa selaku wali kepada anaknya adalah orang yang berhak memilih dan memberi nama. Namun elok bagi bapa sama-sama berbincang dengan isterinya selaku ibu dalam memilih nama untuk anak mereka, kerana yang demikian itu akan menggembirakan dan menyenangkan hati isteri.

Selain daripada itu, sunat menyerahkan urusan memilih dan memberi nama anak kepada orang-orang salih, sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan. Ini adalah berdasarkan sebagaimana yang sering berlaku di zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di mana apabila salah seorang sahabat dikurniakan anak dia akan membawanya kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda memberi nama anak tersebut. Di antara hadis yang menegaskan perkara tersebut ialah yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: “(Apabila) anak Abu Talhah lahir maka aku (Anas) membawanya kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda mentahnîknya (mengunyahkan kurma kemudian dimasukkannya ke dalam mulut anak itu) dan diberinya nama Abdullah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Memberi Nama Anak Yang Meninggal Kerana Keguguran Jika anak yang meninggal kerana keguguran itu sudah ditiupkan roh ke dalamnya, maka sunat diberikan dia nama. Apabila tidak dikenali apakah dia laki-laki atau perempuan, maka diberi nama yang sesuai untuk laki-laki dan perempuan, seperti Talhah, ‘Umairah dan lain-lain.

Begitu juga sunat diberikan nama anak yang belum sempat diberikan nama sebelum dia meninggal dunia.

Nama-Nama Yang Disunatkan

Apa yang perlu diambil perhatian ketika memberi nama anak ialah memilih nama yang baik dan indah, sebagai mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Justeru itu disunatkan memberi nama anak dengan nama-nama seperti berikut:

Sebaik-baik nama yang dianjurkan ialah nama Abdullah (hamba Allah) dan Abdul Rahman (hamba Allah yang bersifat rahman yang sangat pemurah).

Ataupun nama ‘Abd (hamba) yang disandarkan kepada nama-nama Allah (Al-Asmâ’ Al-Husnâ), seperti Abdul Hakim, Abdul Halim, Abdul Aziz dan seumpamanya.

Kemudian nama-nama yang mengandungi pujian seperti Muhammad, Ahmad, Mahmud dan seumpamanya.

Sebenar-benar nama pula ialah Harits (orang yang mencari kehidupan atau orang yang rajin bekerja) dan Hammam (orang yang bercita-cita tinggi atau berazam terus menerus).

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya nama- nama kamu yang paling disukai Allah ‘Azza wa Jalla ialah Abdullah dan Abdul Rahman.”
(Hadis riwayat Muslim)

Selain daripada itu, memberi nama dengan nama Muhammad itu mengandungi beberapa kelebihan yang tinggi dan membawa keberkatan, di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa pada Hari Kiamat malaikat memanggil: “Bangunlah orang yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga, kerana memuliakan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.” (I‘ânah at-Thâlibîn 2/337, Hasyiah al-Bajuri 2/305 dan Mughni al-Muhtâj 4/371)

Nama-Nama Yang Diharamkan
Haram memberi nama anak atau memakai nama dengan nama Allah, al-Ilah, ar-Rabb, Malik al-Muluk (raja sekalian raja), Syahan Syah (raja sekalian raja) dan Hakim al-Hukkam (hakim sekalian hakim), kerana nama-nama tersebut semata-mata khusus untuk Allah Subhanahu Wata’ala.
Jika hendak memakai nama-nama tersebut mestilah didahulukan dengan nama ‘Abd (hamba), seperti Abdullah, ‘Abd al-Ilah, Abd al-Rabb dan sebagainya.

Selain daripada itu, haram memakai nama atau memberi nama anak dengan nama Rahman (yang Maha Pemurah) tanpa meletakkan nama ‘Abdul’ di hadapannya, kerana sifat yang Maha Pemurah itu tidak layak dipakai untuk makhluk melainkan untuk Allah jua. Nama Rahman merupakan salah satu daripada nama-nama Allah (Al-Asmâ’ Al-Husnâ). Justeru itu apabila memakai nama Rahman hendaklah diletakkan di hadapannya nama ‘Abdul’ menjadi Abdul Rahman.

Begitu juga haram memakai nama atau memberi nama anak dengan nama Abdul Ka‘bah (hamba Ka‘bah), Abdul Husain (hamba Husain), Abdun Nabi (hamba Nabi), Jarullah (jiran Allah), Rafiqullah (rakan Allah) atau seumpamanya, kerana nama-nama tersebut boleh memberi tanggapan yang palsu bahawa yang selain daripada Allah itu juga ada mempunyai hamba ataupun Allah itu mempunyai jiran dan kawan.

Nama Yang Dimakruhkan
Memberi nama dengan nama yang tidak elok boleh menyebabkan anak itu tidak dihormati dan diejek-ejek pada masa akan datang, sama ada secara disedari atau tanpa disedari, umpamanya nama Sapihah (bodoh), Balidah (bodoh), Bahimah (binatang), Sariqah (pencuri) dan sebagainya. Semua nama-nama tersebut atau yang seumpamanya, walaupun setengahnya sedap didengar tetapi ianya membawa maksud yang tidak baik dan ini boleh menjadi bahan ejekan orang terhadap anak yang diberikan nama seperti itu.
Oleh itu makruh memberikan nama anak dengan nama yang tidak elok, seperti nama-nama yang disebutkan di atas atau seumpamanya.

Begitu juga makruh memberi nama dengan nama yang pada kebiasaannya boleh membawa dalam jiwa seseorang kepada rasa pesimistik, yakni cenderung melihat keburukan sesuatu atau mudah berasa hilang kepercayaan terhadap sesuatu, seperti nama Yasar (senang), Rabah (untung), Harb (peperangan) dan sebagainya.

Umpamanya anda bertanya kepada seseorang: “Adakah Rabah di sana?” Atau: “Adakah Yasar di sana?” Atau: “Ke mana Harb pergi?”. Lalu dijawab orang dengan berkata: “Rabah tidak ada,” atau “Yasar telah pergi” atau “Harb telah datang”, dan ini boleh menimbulkan rasa pesimistik dalam diri anda, kerana jawapan orang itu seolah-olah membawa maksud, bahawa tidak akan ada keuntungan atau kesenangan telah pergi atau peperangan akan datang (berlaku).

Padahal Islam menyuruh penganutnya bersikap optimistik, iaitu melihat sesuatu perkara dengan jangkaan atau harapan baik, bukan bersikap pesimistik.

Sehubungan dengan itu, terdapat hadis-hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang menyebutkan mengenai perkara ini, di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Samurah bin Jundab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata:

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya : “Jangan engkau beri nama anakmu dengan nama Yasar (senang), jangan pula Rabah (untung), jangan pula Najah (berjaya) dan jangan pula Aflah (menang), kerana pada suatu ketika kamu akan berkata: “Adakah dia ada di sana?” Kebetulan pula dia tidak ada, maka dikatakanlah: “Tidak” (tidak ada kesenangan, tidak ada keuntungan, tidak ada kejayaan atau tidak ada kemenangan).” Itulah empat kata, kamu tidak perlu menambahnya lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)

Nama Yang Diharuskan
Sebagaimana menurut ulama, boleh memakai nama atau memberi nama anak dengan nama-nama Allah (al-Asmâ’ al-Husnâ) dengan tidak meletakkan nama ‘Abd (hamba) di hadapannya, seperti al-Quddus, Ar-Rahim dan sebagainya, kecuali nama-nama yang diharamkan sebagaimana yang dinyatakan terdahulu.

Namun yang demikian, sunat diletakkan nama ‘Abd (hamba) sebelum Al-Asmâ’ Al-Husnâ bagi menunjukkan kehambaan kepada Allah dan mengambil sempena baik dengan memakai nama-nama daripada sifat-sifat Allah, seperti Abdul Quddus, Abdul Rahim dan sebagainya.
Harus memberi nama anak dengan nama yang baik dan indah seperti nama Fakhruddin (kemegahan agama), Zainul ‘Abidin (perhiasan orang-orang yang beribadat), Wahidah (yang terkemuka), Wajihah (yang mempunyai nama dan darjat di dunia dan di akhirat) dan lain-lain nama yang baik.

Mengubah Nama
Wajib diubah nama-nama yang diharamkan, kerana mengubah nama yang haram itu adalah sebahagian daripada perkara menghilangkan kemungkaran.

Di samping itu pula, sunat diubah nama yang kurang elok kepada nama yang lebih baik.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri mengubah nama- nama orang seperti Al-‘Ashi (penderhaka), Aziz (perkasa), ‘Atalah (tongkat besi besar), Syaitan, Al-Hakam (yang bijaksana dalam menghukum), Ghurab (gagak), Habab (buih air) dan Syihab (bintang atau tahi bintang), dengan nama baru iaitu Hasyim.

Tersebut di dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma (beliau meriwayatkan) bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengubah nama ‘Ashiah (penderhaka), dan Baginda bersabda: “Namamu (berubah menjadi) Jamilah (cantik).'' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai suatu kesimpulan, salah satu identiti tentang keislaman seseorang itu ialah namanya. Dengan nama memudahkan pengenalan awal tentang siapa diri orang itu.
Sebagai orang Islam hendaklah memberi nama anak dengan nama yang dianjurkan oleh syara‘ bukan dengan nama yang bunyinya sahaja sedap didengar tetapi tidak elok maksudnya. Si anak tidak akan merasa malu dengan namanya yang memberi makna yang baik dan bukan sebaliknya. Di samping itu dengan nama yang elok itu mudah-mudahan akan memberi kesan yang baik kepada bentuk p
eribadi anak berkenaan.

Monday, April 26, 2010

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

JOM RAMAI RAMAI HADIR

JOM RAMAI RAMAI HADIR


Majlis Maulidur Rasul SAW & Haul Al-Syeikh Abd Qadir Al-Jilani

Jenis:
Tarikh:
15hb Mei 2010
Masa:
5.00 ptg – 9.00 ptg
Lokasi:
Masjid Negara, KL

Jangan Risau Makan Kacang..

Jangan Risau Makan Kacang..

Semalam habis je meeting, aku dan kengkawan makan kat luar..

So, lepas je makan, aku beli sepaket kacang PAGODA warna merah berharga RM2.60 sebagai snek sambil kitorang tengok nightline pergaduhan kat parlimen semalam..haha..

Namun, aku jugak yang menghabiskan kacang tu dengan jayanya..Alasan budak-budak ni taknak makan sebab bila makan kacang jerawat naik..Ayark, mitos kesihatan lagi..huhu..

Jika selama ini korang menghindari kekacang dalam menu harian korang, penyebabnya mungkin satu, kandungan lemaknya yang tinggi. Memang benar, kandungan lemak pada kekacang cukup tinggi, tapi sebetulnya korang tak perlu terlalu merisaukannya.

Dari kandungan lemak yang ada, 85% di antaranya adalah lemak tak tepu(monounsaturated fat dan polyunsaturated fat). Dalam sistem metabolisme tubuh, lemak tak tepu justeru diperlukan untuk membantu penurunan kadar LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan kadar HDL (lemak baik). Berbeza dengan lemak tepu, yang merangsang peningkatan kadar LDL (berkait pada peningkatan risiko serangan jantung atau stroke).

Satu lagi yang baik daripada kekacang, sebahagian besar dari jenis bahan makanan itu mengandung asam lemak Omega 3 (biasanya ditemukan pada minyak ikan). Asam lemak ini telah terbukti mampu menurunkan risiko serangan jantung dan memiliki manfaat kesehatan lainnya.

Kekacang memang jenis makanan yang manfaatnya tidak boleh diabaikan, selain mudah diolah dan memiliki citarasa yang menggoda lidah..hehe..

Meskipun kandungan nutrisi setiap jenis kacang-kacangan berbeza, secara umum bahan makanan ini terdiri dari komponen : lemak tepu (jumlah kecil), lemak tak tepu (jumlah besar), phytochemical (flavonoid, asam ellagic, phytoestrogen), susunan phenolic, serat, protein (yang menjadikannya alternatif terbaik(pengganti daging), vitamin E, vitamin B6, niacin, dan asam folic, magnesium, zink, tembaga, zat besi, kalsium, selenium, potasium, serta asam amino arginine.

Kandungan protein, serat dan lemak tak tepu dalam kekacang menjadikannya sebagai makanan yang cukup ‘lengkap’. Kombinasi itu membuat penggunanya merasa kenyang dan selalu bertenaga. Tak hairan badan perubatan dan ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) berani memberi cadangan kepada warga negara Uncle Sam untuk menggunakan segenggam kekacang setiap hari.

Alasannya jelas.
Pertama, untuk mendapatkan gabungan nutrisi yang memadai bagi tubuh. Kedua, membentengi tubuh dari berbagai penyakit melalui penyerapan pelbagai nutrisi yang terdapat pada kekacang.

Soal mengolahnya menjadi hidangan, korang juga tak perlu risau. Hampir semua kekacang boleh dimakan dalam keadaan mentah sehingga menjadi snack yang praktis. Cara lain, korang boleh mencampurnya dengan buah-buahan kering untuk membuat trail mix, mengolahnya menjadi perencah sate atau rojak yang lazat, atau menjadikannya salai. Hampir semua bentuk olahan itu boleh dilakukan dalam waktu singkat..ikut selera korang la nk wat camna dengan pengolahan kacang tersebut untuk menjadikannya sedap..^_^

Jadi, tiba pun waktu makan korang, jangan lupa menyisipkan kekacang dalam daftar menu yang akan dihidangkan. Dan saya yakin, korang tak akan menolak hidangan yang menjanjikan tenaga super, menguat otot, dan mengurangi risiko serangan jantung.

Lagi Penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW

Lagi Penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW

Nampaknya penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW sekarang ini semakin rancak. Setelah kes Jilliand Posten di Denmark, kemudian Fitna oleh Geert Wilders di Belanda terhadap Islam, muncul lagi satu yang lain iaitu South Park.

South Park adalah sebuah siri TV yang diterbitkan oleh Trey Parker dan Matt Stone. Dalam South Park, Nabi Muhammad Saw digambarkan dalam watak beruang.

Parker dan Stone dengan sendirinya menjadi sasaran kecaman. Menurut CNN, sebuah laman Islam, revolutionmuslim.com, tidak mustahil jika Parker dan Stone mungkin saja akan berakhir dan mengalami nasib yang sama seperti Theo Van Gogh yang membuat filem mengutuk tentang Islam dan kekerasan terhadap perempuan, di tahun 2004.

Revolutionmuslim.com mengatakan: "Kita harus memperingatkan Matt dan Trey bahawa apa yang mereka lakukan itu bodoh dan mereka mungkin akan berakhir seperti Theo Van Gogh kerana menyiarkan rancangan ini. Ini bukan ancaman, tapi peringatan terhadap apa yang mungkin akan terjadi pada mereka".

Laman ini juga mendesak para pembaca untuk menghubungi Parker dan Stone serta Comedy Central yang menayangkannya.

"Anda dapat menghubungi mereka [penerbit South Park] atau menghubungi Comedy Central atau syarikat mereka di alamat ini ...." Penulis posting tersebut Abu Thalhah, mengatakan kepada CNN, baahwa walaupun menyebutkan alamat itu sama sekali tidak dimaksudkan sebagai ancaman, tapi memberikan kesempatan kepada orang-orang untuk melayangkan protes.

Petua untuk WANITA

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Ini Sejarah Kita: Sultan Muhammad al-Fatih

Ini Sejarah Kita: Sultan Muhammad al-Fatih

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau “siPenakluk” dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 ? 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Keperibadian Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinople

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Misi Menawan Konstantinople

Hari Jumaat, 6 April 1453M, Muhammad II atau disebut juga Mehmed bersama gurunya, syaikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke Byzantium dari berbagai penjuru benteng kota tersebut. Dengan berbekal 150.000 ribu pasukan dan meriam buatan Urban -teknologi baru pada saat itu- Muhammad II mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus menjawab tetap mempertahankan kota dengan dibantu oleh Kardinal Isidor, Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa.
Kota dengan benteng 10m-an tersebut memang sulit ditembus, selain di sisi luar benteng pun dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat melalui pasukan altileri harus merobohkah benteng dua lapis, dari arah selatan laut Marmara pasukan laut harus berhadapan dengan pelaut Genoa pimpinan Giustiniani dan dari arah timur armada laut harus masuk ke selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak dapat melepasi. Berhari-hari hingga berminggu-minggu benteng Byzantium masih utuh, kalaupun runtuh dengan adanya celahan-celahan, pasukan Constantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan cepat menumpuk kembali hingga tertutup. Usaha lain pun dicuba dengan menggali terowongan di bawah benteng, cukup menimbulkan kepanikan kota, namun juga gagal. Hingga akhirnya sebuah idea yang terdengar bodoh dilakukan hanya dalam semalam. Salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui selat Golden Horn yang sudah dirantai. Ide tersebut akhirnya dilakukan, iaitu memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang, hanya dalam semalam dan 70-an kapal dapat memasuki wilayah selat Golden Horn.

Keajaiban Tentera Othmaniyyah

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini.
Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.

Serangan Besar-besaran Mujahidin

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

Usaha Damai Terakhir

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

Konstantinopel Menjadi Islanbul

Setelah ditaklukan nama Konstatinopel diubah menjadi Islambul yang bererti “Kota Islam”, tapi kemudian penyebutan ini bergeser menjadi Istanbul seperti yang biasa kita dengar sekarang. Sejak saat itu ibu kota khilafah Bani Utstmani beralih ke kota ini dan menjadi pusat peradaban Islam dan dunia selama beberapa abad. Sebab kota ini kemudian dibangun dengan segala bentuk keindahannya, percampuran antara seni Eropa Timur dan Arab. Gereja dan tempat ibadah non muslim dibiarkan tetap berdiri, tidak diganggu sedikit pun. Sementara khalifah membangun gedung dengan seni bina yang tidak kalah cantiknya dengan gedung-gedung sebelumnya. Sepintas kalau kita lihat gedung peninggalan peradaban masehi sama saja dengan bangunan masjid. Ia jugalah yang mengganti nama Konstantinopel menjadi Islambol (Islam keseluruhannya).

Kini nama tersebut telah diganti oleh pengkhianat ummah, Mustafa Kamal Ataturk menjadi Istanbul. Nama Muhammad Al-Fatih tersemat sebagai perwira, tetapi bagaimana dengan kita? Perwira Ummat?

POKOK GHARQAD YAHUDI

POKOK GHARQAD YAHUDI


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.

Sunday, April 25, 2010

Cinta ditolak, bomoh bertindak

Cinta ditolak, bomoh bertindak

Sebahagian para pemuda yang mabuk asmara yang sering menjadikan topik perbualan harian tentang perempuan mesti sinonim dengan pepatah ini, ‘Cinta ditolak, bomoh bertindak’.

Ada dua perkara penting yang perlu kita sangkal dalam slogan ini. Pertama, cinta yang salah penerapan. Ketika orang berbicara tentang cinta, maka yang terfikir di otak para remaja adalah couple, dating, tengok wayang, dan macam-macam lagi kegiatan yang mendekati zina. Yang kedua, ketika kepentingan hawa nafsu mereka tidak terpenuhi, maka automatik mereka lari kepada para dukun yang justeru menceburkan mereka ke dalam dosa yang jauh lebih berat iaitu syirik dan kekafiran. Ini tidak jauh dengan ungkapan, "
Lepas dari gigitan singa, terjatuh ke mulut buaya". Nah, tentu ini merupakan musibah dan bencana yang menghancurkan iman dan jati diri seorang insan. Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia berkenan mengampuni dosa lain di bawah tingkatan syirik bagi orang yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisaa’: 116).

Perhatikanlah, inilah realiti umat yang hari ini kita hadapi. Ketika aqidah dan akhlak generasi muda telah terkikis dan luntur dari lubuk hati mereka, maka secara automatik syaitan dan bala tenteranyalah yang bekerja dan memegang dan mengendali tubuh dan akal pikiran mereka. Maka tidaklah menghairankan jika banyak remaja yang mengalami kisah-kisah hitam yang menyajikan lika-liku dunia perbomohan dan sihir menyihir, bahkan ia menempati dalam kedudukan
best seller yang terjual laris dalam waktu yang singkat, laa haula wa laa quwwata illa billaah!!.

Sementara di sisi lain, kita saksikan kitab-kitab para ulama salaf masih menjadi barang aksesori yang menghiasi rak dan meja para pemuda dan generasi penerus perjuangan Islam di masa depan. Jangankan memiliki kitabnya, membaca tulisan arab dan jawi pun mereka tidak sanggup melakukannya. Sungguh menyedihkan, sebuah umat yang telah diwarisi dengan al-Kitab dan as-Sunnah oleh Rasul SAW, namun begitu lebih menyedihkan kitab-kitab ’sihir’ yang memalingkan mereka dari al-Qur’an dan as-Sunnah.

Ketika dahulu para sahabat asyik menelaah dan mengkaji hadith-hadith Nabi SAW dan sering menjadi topik penting dalam perbincangan mereka sehari-hari hinggakan ada dikalangan sahabat-sahabat yang sering menangis mendengar hadith Nabi SAW. Namun pada hari ini kita saksikan perbualan kaum muda hanya dipenuhi dengan gelak tawa dan esak tangis palsu disebabkan menonton filem barat, program realiti yang melalaikan dan membazir, pertandingan sepak bola yang sarat dengan supporter ala jahiliyah, dan nyanyian artis idola serta ramalan bintang dan sebaganinya lagi, fa inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun..

Inilah sekelumit gambaran tentang dunia ramal meramal dan perbomohan yang telah meracuni atmosfera kehidupan kaum muslimin di berbagai daerah, negeri dan negara. Apa yang di lontarkan di sini hanyalah sebahagian kecil dari berbagai bentuk jenis perbomohan dan sihir menyihir yang ternyata memang ada dan terjadi di kalangan masyarakat kita. Jalan keluar darinya adalah dengan kembali kepada bimbingan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntun kita untuk mencuci bersih hati kita dari segenap kotoran keyakinan dan mengisinya dengan siraman ayat-ayat cinta Allah dan wasiat ‘indah’ Nabi SAW.

Tidak akan tercapai kejayaan umat akhir zaman ini kecuali dengan tauhid, sebagaimana tidak akan selamat seorang hamba di ‘
mahkamah’ pengadilan Allah kelak di hari kiamat kecuali dengan tauhid. Sudah saatnya, bagi setiap individu muslim untuk menyedari bahaya besar ini dan berjuang untuk menyelamatkan aqidah mereka dan saudara saudaranya dari tipu daya para bomoh dan paranormal yang gemar menebar berbagai penipuan dan menyeret para pemuda kita ke lembah kesesatan dan kesyirikan..